Showing posts with label Pengenalan. Show all posts
Showing posts with label Pengenalan. Show all posts

Sunday, February 4, 2007

Tangki Septik

Tangki septik juga dikenali sebagai sistem septik adalah sistem rawatan pembentungan skala kecil, merupakan tangki rawatan bahan kumbahan yang biasa digunakan di kawasan kediaman rumah perseorangan. Secara amnya, terma bagi septik merujuk kepada persekitaran bakteria anaerobik yang terbentuk didalam tangki yang mana menguraikan bahan buangan yang masuk kedalam tangki tersebut.

Bahan binaan tangki septik biasanya batu bata, konkrit, bahan gentian (fiberglass) atau plastik. Bentuk bagi tangki septik biasanya segi empat (dibina dari konkrit) atau berbentuk silinder ( bahan daripada plastik atau fiber).

Bahan buangan akan memasuki kebuk pertama tangki dan menyebabkan bahan pejal larut ke mendak dan sekam terapung. Bahan mendak pejal akan diuraikan secara anaerobik yang menyebabkan isipadu bahan pejal berkurangan. Bahan cecair pula akan mengalir melalui pembahagi dinding ke kebuk yang kedua dan bahan pejal mendak. Cecair berlebihan dari ruangan kedua akan keluar dari outlet ke parit melalui effluent pipe.

Bahan buangan yang tidak diuraikan oleh sistem anaerobik akan menyebabkan tangki septik penuh. Apabila ini terjadi, bahan buangan akan dikeluarkan secara manual menggunakan pam vakum.

Saturday, February 3, 2007

Sump

Sump dibina untuk memerangkap benda asing yang dapat menyekat pengaliran seperti ranting kayu, daun, sampah, pasir dan lain-lain. Ia juga dapat memudahkan kerja-kerja pembersihan dengan hanya membuang benda asing yang terperangkap di dasar Sump. Selain itu, ia juga dapat melambatkan pegerakan cecair.

Bahan binaan bagi Sump adalah konkrit dan dibina secara in-situ. Biasanya terletak pada sambungan sistem saliran.

Saliran yang menghubung kepada Sump mempunyai ketinggian berbeza. Biasanya akan terdapat saliran masuk dan saliran keluar.

Culvert

Culvert adalah konduit yang digunakan atau dibina untuk mengalirkan air pada parit atau longkang untuk mengelakan tersumbat. Ia boleh digunakan untuk membenarkan air mengalir melaluinya dibawah jalan, landasan keretapi atau jambatan dan lain-lain.

Ia mampu menanggung beban yang dikenakan ke atasnya menyebabkan ianya sesuai digunakan untuk membina jalanraya diatasnya .

Bahan binaan culvert biasanya diperbuat daripada konkrit yang diperkukuhkan dengan tetulang, besi atau PVC.

Jenis-jenis Culvert.

Box Culvert
Ciri-ciri:
-Berbentuk segiempat
-diperbuat daripada konkrit

Fungsi-fungsi:
-Dibina untuk mengalirkan air dari parit atau longkang untuk mengelakan tersumbat.
-Menghubungkan jalanraya yang terpisah disebabkan anak sungai yang kecil atau parit
-Sesuai digunakan untuk jalanraya yang dapat menanggung beban kenderaan berat

Round Culvert
Ciri-ciri:
-Berbentuk bulat
-bahan buatan konkrete, besi

Fungsi-fungsi:
-Dibina sebagai terowong saliran air.
-bisanya terletak di tepi jalan
-menghubungkan jalanraya yang dipisahkan oleh longkang atau parit

Wednesday, January 31, 2007

Penyaliran (Drainage)

Sistem saliran bangunan terdiri daripada dua bahagian iaitu Drainage system dan Venting system.
Sistem Saliran (Drainage system) juga dikenali sebagai perparitan, terdiri daripada paip yang menuju kepada pelbagai sambungan perpaipan dari saliran didalam bangunan ke pembentungan Dari pembentungan, akan bersambung kepada sistem saliran.

Venting system terdiri dari paip yang menyambung kelengkapan sanitari menuju ke luar bangunan, biasanya keatas bumbung. Ianya berfungsi untuk melepaskan gas yang dapat menghalang gas-gas berbau masuk ke dalam bangunan.