Showing posts with label Difinisi. Show all posts
Showing posts with label Difinisi. Show all posts

Monday, January 22, 2007

Pintu

Pintu adalah sesuatu bukaan pada tembok yang membolehkan laluan keluar masuk sesebuah bangunan atau diantara bilik ke bilik dalam sebuah bangunan. Bahagian utama pintu adalah kerangka dan daun pintu. Bahan yang digunakan untuk membuat pintu antaranya adalah kayu, logam, kaca atau plastik.

Faktor-faktor pembinaan pintu
  1. Kekuatan dan bentuk
  2. Keselamatan
  3. Penebatan Haba dan Bunyi
  4. Perintang Api

Kekuatan dan bentuk
Pintu perlu mempunyai kekuatan dan tahan lasak untuk mengekalkan bentuknya apabila menerima hentakan. Kekuatan pintu bergantung kepada bahan buatan.

Contohnya pintu yang diperbuat daripada kayu, kayu yang digunakan hendaklah kering, tidak mempunyai kerosakkan dan kecacatan yang boleh menyebabkan pintu tidak kukuh.

Tanggam yang menyambung juga hendaklah kukuh dan dapat menahan keadaan persekitaran yang berubah-rubah seperti cuaca kering dan lembab supaya tidak terlepas pemasangannya.

Keselamatan
Piawaian Bs4787
saiz pintu adalah:
  • Tinggi: 2040m
  • Lebar: 926m
  • Tebal: 40 @ 44 meter tebal
Keselamatan pintu bergantung kepada kualiti kelengkapan contohnya tombol, engsel, bolt, kunci, cara pemasangan bingkai kerangka supaya pintu dapat dibuka dan ditutup dengan selamat.

Sebagai Penebat
Pintu adalah salah satu komponen tembok. Tembok berfungsi untuk menebat suhu atau bunyi dari luar ke dalam bangunan. Begitu halnya dengan pintu. Nilai tehrmal resistance adalah diantara 2.5 bhingga 3.5 bagi pintu rata berongga dan pintu rata padu.

Pintu juga seharusnya dapat mengurangkan atau menghalang kemasukkan bunyi terutamanya bilik mesyuarat, pejabat, panggung wayang, dewan dan lain-lain.

Pintu yang dapat mengurangkan bunyi adalah pintu yang besar dan berat atau diletakkan penebat kedap udara disekeliling pintu.

Pintu Rintangan Api
Pintu yang dapat menahan api untuk satu jangkamasa yang lama dikenali sebagai pintu perintang api. Biasanya pintu perintang api dapat menahan diantara 30 minit hingga 3 jam mengikut spesifikasi Jabatan Bomba.

Bahan pintu rintangan api adalah gipsum atau asbestos sebagai lapisan pelindung. Bentuk pintu biasanya rata, padat, dipasang rapat kepada kerangka dan boleh tutup dengan sendiri.


Asas Bangunan

Bahagian yang paling penting bagi sesebuah bangunan adalah Asas atau Building Foundation. Pembianaan Bangunan bermula dari Asas yang terletak paling bawah diatas tanah yang menanggungnya.

Asas mengandungi struktur yang terletak dibawah tanah. Struktur ini termasuklah cerucuk (filling) dan penapak (base). Pembinaan asas memerlukan bahan binaan yang kuat untuk menampung beban di atas.

Fungsi Asas:
1. Mengagihkan bebanan yang ditanggung ke seluruh tapak bangunan
2. Mengelakkan daripada bangunan tengelam (sinking) disebabkan oleh hakisan atau gerakkan
3. Menambahkan kestabilan bangunan.

Jenis Asas
1. Asas Hampar
2. Asas Jalur
3. Asas Alas Tiang
4. Asas Berakit
5. Asas Bertangga
6. Asas Cerucuk