Showing posts with label Ciri-ciri. Show all posts
Showing posts with label Ciri-ciri. Show all posts

Sunday, February 4, 2007

Lurang (manhole)

Dikenali sebagai lubang periksa, lurang adalah binaan yang terdapat pada aras tanah. Ia di bina untuk memudahkan kerja-kerja penyelengaraan sekiranya berlakunya kerosakkan atau bahan tersumbat pasa sistem saliran. Bahan binaan lurang biasanya batu-bata atau konkrit. Bentuk lurang juga pelbagai, antaranya berbentuk segiempat sama, bentuk bulat, bentuk "T" atau bentuk "L". Kebiasaanya, bentuk segiempat sama yang biasa digunakan. Setiap lurang dilengkapi dengan penutup yang diperbuat daripada keluli bersaiz 18"x24"

Jenis-jenis lurang
Terbahagi kepada 4:
-Lurang cetek
-Lurang biasa
-Lurang dalam
-Lurang tirai belakang

Lurang Cetek
Ciri-ciri:
-Kedalaman lurang cetek adalah diantara 750mm hingga 900mm.
-Saiz 450mm x 600mm
-Biasanya dibina pada kedudukan pertama.

Lurang Biasa
Ciri-ciri:
-Kedalaman adalah 1500mm
-Ukuran 610mm x 762mm atau 762mm x 762mm

Lurang Dalam
Ciri-ciri:
-kedalaman melebihi 1500mm


Lurang Tirai Belakang
Ciri-ciri:
-Paip menegak disediakan untuk tujuan menyambung paip ke pembentungan atau saliran.
-Drop conection , sambungan yang dibina terdapat pada paip penurun di sebelah dalam lurang
-Sistem pembinan ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan


Pembinaan Lurang
Lurang dibina mengikut kedudukan tertentu bedasarkan spesifikasi atau undang-undang pembinaan pihak berkuasa tempatan. Antaranya ialah:
-pada setiap kecerunan
-pada setiap perubahan saiz paip saliran
-pada jarak maksima 1200mm
-pada pertemuan paip saluran.

Wednesday, January 31, 2007

Jenis-jenis Parit

Terdapat 7 jenis parit yang biasa digunakan dalam pembinaan saliran.

1) Pre Cast V Drain
2) Pre Cast U Drain
3) R.C Drain
4) Half Round Drain
5) Cascading Drain
6) Scupper Drain
7) Roadside Drain.

1) Pre Cast V Drain
Ciri-ciri:
-Berbentuk "V"
-Biasanya terdapat di sepanjang jalan raya atau ditepi cerun bukit.

2)Pre Cast U Drain
Ciri-ciri:
-Berbentuk "U"
-Biasanya terdapat di sekeliling bangunan atau rumah.

3) R.C Drain
Ciri-Ciri:
-Saliran yang di perkukuh dengan konkrit dan tetulang.
-Dibina terus di tapak melalui kaedah in-situ.
-Biasanya dibina di tepi jalan.

4) Half Round Drain
Ciri-Ciri:
-Berbentuk separuh bulatan.
-Biasanya dibina di kawasan perumahan, dan kawasan tanah rendah.

5) Cascading Drain
Ciri-ciri:
-Berbentuk seperti tangga.
-Berupaya memberi sokongan kepada lereng bukit.
-Pembinaan berdasarkan kepada kecerunan bukit.
-Bisanya dibina di lereng bukit yang terletak di tepi jalan

6) Scupper Drain.
-Dibina disepanjang tepi jalan.
-Air yang bertakung di tepi jalan akan mengalir melalui saliran ini.

7) Roadside Drain
Ciri-ciri:
-Dibina di tepi Jalan.
-Bertujuan untuk mengelakkan jalan raya banjir.

Ciri-ciri Saliran

1) Dibina dengan kecerunan yang sesuai, antaranya ialah 1:40, 1:60,1:80, 1:120
2)Saiz dan kedalaman longkang bersesuaian dengan jumlah air yang dapat ditadah. Tujuannya adalah untuk mengelak air melimpah keluar dari longkang.
3) Sambungan longkan yang baik dan kukuh untuk memudahkan pengaliran air pada saliran.
4) Reka bentuk yang sesuai dengan sistem saliran.
5) Sentiasa dibersihkan untuk mengelakkan pengaliran air terhalang.