Sunday, February 4, 2007

Tangki Septik

Tangki septik juga dikenali sebagai sistem septik adalah sistem rawatan pembentungan skala kecil, merupakan tangki rawatan bahan kumbahan yang biasa digunakan di kawasan kediaman rumah perseorangan. Secara amnya, terma bagi septik merujuk kepada persekitaran bakteria anaerobik yang terbentuk didalam tangki yang mana menguraikan bahan buangan yang masuk kedalam tangki tersebut.

Bahan binaan tangki septik biasanya batu bata, konkrit, bahan gentian (fiberglass) atau plastik. Bentuk bagi tangki septik biasanya segi empat (dibina dari konkrit) atau berbentuk silinder ( bahan daripada plastik atau fiber).

Bahan buangan akan memasuki kebuk pertama tangki dan menyebabkan bahan pejal larut ke mendak dan sekam terapung. Bahan mendak pejal akan diuraikan secara anaerobik yang menyebabkan isipadu bahan pejal berkurangan. Bahan cecair pula akan mengalir melalui pembahagi dinding ke kebuk yang kedua dan bahan pejal mendak. Cecair berlebihan dari ruangan kedua akan keluar dari outlet ke parit melalui effluent pipe.

Bahan buangan yang tidak diuraikan oleh sistem anaerobik akan menyebabkan tangki septik penuh. Apabila ini terjadi, bahan buangan akan dikeluarkan secara manual menggunakan pam vakum.

3 comments:

ili dayana said...

Hi.. saya berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai tangki septik untuk membantu kajian saya dalam memusnahkan pembiakan nyamuk Aedes di dalam tangki septik di kawasan perumahan. Saya ingin tahu tentang jenis tangki septik yg digunakan di kawasan kampung yg dibina sendiri oleh penduduk, bukannya yang dibina pemaju atau di bawah Indah water. Saya harap saudara boleh membantu dengan segera memandangkan kes denggi yang sedang meletus di Malaysia kini.

zainihafz said...

bagus penerangan ni...

Ahmad Durrani said...

Di manakah saudar mendapatkan maklumat ini. Saya berharap anda memberi kerjasama yang sebaiknya