Monday, January 22, 2007

Jenis-jenis asas

Asas Hampar
Sesuai untuk diguna pada tanah yang mempunyai keupayaan tanggungan sederhana tinggi untuk menanggung satu tiang atau satu tembok bagi bangunan yang ringan.

Asas Jalur
Digunakan untuk menyokong dua tiang dimana salah satunya terletak di sempadan atau bersebelahan dengan bangunan lain.

Asas Alas Tiang
Juga dikenali sebagai Asas pad. Biasanya pada pembinaan ringan yang berangka untuk menyokong tiang. Asas ini biasanya digunakan di atas lapisan tanah yang mempunyai tanggungan yang sederharna atau diatas cerucuk jika tanahnya adalah jenis gambut.

Asas Bertangga
Asas yang dibina seperti tangga mengikut kesesuaian ketinggian tapak yang curam. Setiap binaan tangganya adalah seragam dan sebaik-baiknya tidak melebihi satu 1 meter.

Asas Rakit
Sesuai dibina di atas tanah yang keras atau mempunyai tanah yang mempunyai keupayaan tanggungan yang rendah.

1 comment: