Sunday, February 4, 2007

Tangki Septik

Tangki septik juga dikenali sebagai sistem septik adalah sistem rawatan pembentungan skala kecil, merupakan tangki rawatan bahan kumbahan yang biasa digunakan di kawasan kediaman rumah perseorangan. Secara amnya, terma bagi septik merujuk kepada persekitaran bakteria anaerobik yang terbentuk didalam tangki yang mana menguraikan bahan buangan yang masuk kedalam tangki tersebut.

Bahan binaan tangki septik biasanya batu bata, konkrit, bahan gentian (fiberglass) atau plastik. Bentuk bagi tangki septik biasanya segi empat (dibina dari konkrit) atau berbentuk silinder ( bahan daripada plastik atau fiber).

Bahan buangan akan memasuki kebuk pertama tangki dan menyebabkan bahan pejal larut ke mendak dan sekam terapung. Bahan mendak pejal akan diuraikan secara anaerobik yang menyebabkan isipadu bahan pejal berkurangan. Bahan cecair pula akan mengalir melalui pembahagi dinding ke kebuk yang kedua dan bahan pejal mendak. Cecair berlebihan dari ruangan kedua akan keluar dari outlet ke parit melalui effluent pipe.

Bahan buangan yang tidak diuraikan oleh sistem anaerobik akan menyebabkan tangki septik penuh. Apabila ini terjadi, bahan buangan akan dikeluarkan secara manual menggunakan pam vakum.

Lurang (manhole)

Dikenali sebagai lubang periksa, lurang adalah binaan yang terdapat pada aras tanah. Ia di bina untuk memudahkan kerja-kerja penyelengaraan sekiranya berlakunya kerosakkan atau bahan tersumbat pasa sistem saliran. Bahan binaan lurang biasanya batu-bata atau konkrit. Bentuk lurang juga pelbagai, antaranya berbentuk segiempat sama, bentuk bulat, bentuk "T" atau bentuk "L". Kebiasaanya, bentuk segiempat sama yang biasa digunakan. Setiap lurang dilengkapi dengan penutup yang diperbuat daripada keluli bersaiz 18"x24"

Jenis-jenis lurang
Terbahagi kepada 4:
-Lurang cetek
-Lurang biasa
-Lurang dalam
-Lurang tirai belakang

Lurang Cetek
Ciri-ciri:
-Kedalaman lurang cetek adalah diantara 750mm hingga 900mm.
-Saiz 450mm x 600mm
-Biasanya dibina pada kedudukan pertama.

Lurang Biasa
Ciri-ciri:
-Kedalaman adalah 1500mm
-Ukuran 610mm x 762mm atau 762mm x 762mm

Lurang Dalam
Ciri-ciri:
-kedalaman melebihi 1500mm


Lurang Tirai Belakang
Ciri-ciri:
-Paip menegak disediakan untuk tujuan menyambung paip ke pembentungan atau saliran.
-Drop conection , sambungan yang dibina terdapat pada paip penurun di sebelah dalam lurang
-Sistem pembinan ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan


Pembinaan Lurang
Lurang dibina mengikut kedudukan tertentu bedasarkan spesifikasi atau undang-undang pembinaan pihak berkuasa tempatan. Antaranya ialah:
-pada setiap kecerunan
-pada setiap perubahan saiz paip saliran
-pada jarak maksima 1200mm
-pada pertemuan paip saluran.

Saturday, February 3, 2007

Sump

Sump dibina untuk memerangkap benda asing yang dapat menyekat pengaliran seperti ranting kayu, daun, sampah, pasir dan lain-lain. Ia juga dapat memudahkan kerja-kerja pembersihan dengan hanya membuang benda asing yang terperangkap di dasar Sump. Selain itu, ia juga dapat melambatkan pegerakan cecair.

Bahan binaan bagi Sump adalah konkrit dan dibina secara in-situ. Biasanya terletak pada sambungan sistem saliran.

Saliran yang menghubung kepada Sump mempunyai ketinggian berbeza. Biasanya akan terdapat saliran masuk dan saliran keluar.

Culvert

Culvert adalah konduit yang digunakan atau dibina untuk mengalirkan air pada parit atau longkang untuk mengelakan tersumbat. Ia boleh digunakan untuk membenarkan air mengalir melaluinya dibawah jalan, landasan keretapi atau jambatan dan lain-lain.

Ia mampu menanggung beban yang dikenakan ke atasnya menyebabkan ianya sesuai digunakan untuk membina jalanraya diatasnya .

Bahan binaan culvert biasanya diperbuat daripada konkrit yang diperkukuhkan dengan tetulang, besi atau PVC.

Jenis-jenis Culvert.

Box Culvert
Ciri-ciri:
-Berbentuk segiempat
-diperbuat daripada konkrit

Fungsi-fungsi:
-Dibina untuk mengalirkan air dari parit atau longkang untuk mengelakan tersumbat.
-Menghubungkan jalanraya yang terpisah disebabkan anak sungai yang kecil atau parit
-Sesuai digunakan untuk jalanraya yang dapat menanggung beban kenderaan berat

Round Culvert
Ciri-ciri:
-Berbentuk bulat
-bahan buatan konkrete, besi

Fungsi-fungsi:
-Dibina sebagai terowong saliran air.
-bisanya terletak di tepi jalan
-menghubungkan jalanraya yang dipisahkan oleh longkang atau parit